Saturday, July 2, 2016

[Kisah Ibrahim an-Nakha'i dan al-A`masy]

al-Imam al-Hafiz Abu al-Faraj ibn al-Jauzi rahimahullah (w. 597H) menceritakan sebuah kisah di dalam kitab beliau, al-Muntazam fit-Tarikh, sebuah kisah, diantara dua orang tokoh salafus-soleh dan ahl al-hadith yang terkenal, Abu `Imran Ibrahim an-Nakha'i dan anak muridnya, Sulaiman bin Mihran al-A`masy rahimahumallah.

an-Nakha'i adalah seorang yang buta penglihatannya. Sulaiman bin Mihran pula seorang yang rabun, justeru itu beliau digelar al-A`masy. 

Dikisahkan, al-A`masy dan an-Nakha'i berjalan beriringan disekitar kota Kufah, Iraq untuk mencari masjid. 
An-Nakha'i berkata kepada al-A`masy: "Sulaiman, aku minta untuk engkau berjalan dengan jalan yang berbeza dari jalan aku gunakan, aku tidak mahu manusia sekeliling mengejek kita a`war (si buta) memimpin a`masy (si rabun)."

Al-A`masy menjawab: "Apakah yang kamu risaukan wahai Abu `Imran? Jika mereka mengejek sedemikian, mereka akan mendapat dosa. Sedangkan kita akan mendapat pahala."

Lantas an-Nakha'i membalas: Subhanallah, sesungguhnya kita tidak mendapat pahala, dan mereka selamat dari dosa adalah jauh lebih baik dari kita beroleh pahala, namun manusia lain mendapat dosa."

Intaha. Kisah tamat.


Begitulah para salafus-soleh, mereka berusaha agar manusia lain tidak mendapat dosa walaupun dengan dosa manusia lain tu, mereka akan beroleh pahala.

Kita? 

Kalau boleh kita sorang je nak masuk syurga.

No comments:

Post a Comment