Friday, September 9, 2016

Catatan; Ketaksuban

dari setiap puak, pasti ada yang taksub.

alangkah anehnya sebahagian pelajar al-Azhar yang sering mencela as-Salafiyyah, "mereka melarang taksub dengan mazhab, tatapi mereka sendiri taksub kepada Albani.
geng salafi ni semua taksub dan syadid."

pernah sahaja aku lihat beberapa al-Azhari, yang menghina a'immah masjidayni al-haramayni.
"kalau antum nak dengar bacaan yang baik, jangan dengar imam masjid kat sa`udi. sebab ramai daripada mereka tak boleh sebut bacaan tertentu.
nak dengar bacaan al-Quran yang bagus, dengan imam al-Azhar macam Syaikh Salih al-Azhari.
kalau antum wahabi, nak dengar juga imam sa`udi suka hati antumlah,"

apakah ini? inilah ketaksuban.

ada sahaja yang begitu mengangkat sanad dan masyaikh mereka, "saya tak pernah jumpa syaikh sesoleh al-`Allamah `Ali al-Jumu`ah. kalau dia marah tak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat."
walhal pernah sahaja al-Jumu`ah mencela al-Qaradhawi dengan mengatakannya sudah nyanyuk.
juga pernah mengatakan Erdogan itu naik menjadi presiden Turki dengan membiayai pelacur untuk mengundinya.

apakah ini? inilah ketaksuban.

"saya tengok pelajar jordan dan madinah takda sanad sangat, kami, ha, berapa banyak sanad kami ada,"
tapi bila tanya tentang konsep al-burhan `ala mudda`i wal-yamin `ala man ankara pun tergagap-gagap.

adilkah jika kami katakan bahawa manhaj al-Azhar adalah manhaj ketaksuban?
semata-mata kerana statement sebahagian penganutnya?

sudah tentu tidak.

kita tidak menghukum sesuatu puak kerana sebahagian ahlinya.
kita tidak kata Amanah parti kecewa kerana Mat Sabu semata-mata.
kita tidak kata DAP kafir harbi semata-mata kenyataan sebahagian daripada mereka.
kita tidak kata PAS parti pelabel kerana sedikit daripada mereka gemar melabel.

maka alangkah anehnya golongan yang menggelar as-Salafiyyah sebagai ta`assub, semata-mata kerana statement ulama salafi yang syadid.
siapa yang kata as-Salafiyyah adalah taksub, maka dialah yang sebenarnya yang taksub.

kami berlepas diri dari sesiapa yang taksub kepada manusia yang tidak lari dari kesilapan.
kami juga taksub: taksub kepada kebenaran.

No comments:

Post a Comment