Showing posts with label Esei. Show all posts
Showing posts with label Esei. Show all posts

Tuesday, August 4, 2015

Kesedaran Membangkit



Sejarah menyaksikan negara - negara maju bermula dengan sebuah revolusi. Persoalannya apakah akan berlaku revolusi di Malaysia ini? 

Tidak, revolusi tidak akan berlaku melainkan wujud kesedaran membangkit dalam jiwa setiap marga Malaysia. Dan posibiliti untuk berlaku kehadiran kesedaran membangkit ini adalah kecil, sekitar 35% sahaja.

Kaum majoriti Malaysia adalah Melayu, sedangkan Melayu sememangnya bangsa yang mudah lupa. Sesiapa yang tidak mudah lupa, sifat keMelayuaan dia adalah cacat. Di Itali, Bennito Musollini hanya memerintah selama 21 tahun, dan rakyat Itali masih ingat segala kebobrokan diktaktor itu. Mereka masih ingat kerana mereka bukan Melayu.

Sedangkan Malaysia, kerajaan sudah memerintah lebih setengah abad. Amalan rasuah, korupsi dan nepotisme tidak pernah tidak berlaku, sama ada dari pihak Barisan Nasional atau dari belah Parti Keadilan Rakyat. Namun langsung tiada reaksi dari rakyat. Hanya sekadar keluhan kecil yang terhilang pabila dihulur BR1M.

Tahun ini, rompakan duit rakyat dilakukan secara besar - besaran atas nama GST telah dijalankan pada 1 April 2015 (bukan April Fool). Dari bayi yang baru lahir, hinggalah datuk nenek yang baru mati, semuanya tiada terlepas dari dirompak.

Pada mulanya memang ada rakyat yang menentang, perkara ini memang ketara apabila diadakan demonstrasi #batalGST pada 1 Mei, sebulan selepas perlaksanaan GST. 

Namun sekarang? Hanya sebilangan kecil yang punya sifat keMelayuan yang cacat masih menentang. Selebihnya sudah mula redha dan berserah serta bersikap fatal. 

Kesedaran membangkit sememangnya nipis dikalangan masyarakat Malaysia. Ini semua memang sudah diprogramkan, terlebih lagi kepada penduduk kampung yang kurang sumber pengetahuannya. 

Ketika mana India dijajah British, British telah mengenakan berbagai-bagai jenis cukai termasuk cukai garam. Tindakan yang diambil oleh Mahatma Gandhi adalah memimpin ribuan rakyat India berjalan kaki ke laut bagi membuat garam sendiri.

Maka mengapa tidak kita mengambil semangat Gandhi dalam menangani pihak British? Adakah kerana Gandhi beragama Hindu, dan kita yang beragama Islam ini hanya perlu tunduk dan wala' kepada pemerintah atas nas 'athi allah wa 'ati' ar-rasul wa ulil amri minkum [taatlah Allah, taatlah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu] ?

Maka bagaimana pula dengan ayat wa la tarkanu ilallazina zhalamu fatamassakum an-nar [janganlah kamu cenderung terhadap mereka yang zalim, maka kamu akan disentuh api neraka] ?

Kita nampak kezaliman, penindasan dan penekanan yang kerajaan lakukan, namun kita hanya melihat, berdiam diri, berpeluk tubuh dan bersifat berkecuali. Ini tak lain sifat orang yang buta, pekak dan bisu. Maka adakah kita akan disentuh oleh api neraka?

Mohon untuk sedar dan bangkit.

Saturday, July 11, 2015

Perempuan Murahan yang Dibayar Mahal.


Dewasa kini terlampau banyak perempuan yang menjual badan mereka di khalayak umum. Hatta yang bertudung pun terkadang menjual badan mereka. 

Tak percaya?

Cuba tengok iklan - iklan di televisyen - televisyen, di YouTube Ads, dan sewaktunya. Perempuan mana yang berlakon tanpa melenggok - lenggokkan badan mereka. Semua yang menjadi pelakon berbuat begitu - melenggok - lenggok badan, dada dan punggung (kecuali segelintir.)

Konon sebagai suatu penvisualan rasa gembira sempena ketibaan Syawal. Padahal hakikatnya membuatkan lelaki (baca: seperti aku) ternaik nafsu syahwatnya. 

Anak - anak muda yang menonton raya terbuka puasa batinnya. Melihatkan perempuan - perempuan itu menyebabkan akal mereka terfikir dan terbayang-bayangkan sesuatu. Bahkan ada yang sampai terbuka puasa zahirnya.

Ramadhan yang mulia tercemar dengan perlakuanmu, wahai perempuan - perempuan murahan. Kononnya hebat masuk televisyen, dibayar dengan harga yang mahal. Padahal kamu hanya menjadi bahan lancapan anak - anak muda di bilik - bilik dan tandas - tandas mereka.


Ataullah Mohd Ali,
110715 1442.

Shah Alam.



Kalau ada perempuan  yang bercinta (sebelum nikah) dan tanya perkara ini kepada teman lelaki benarkah perkara ini, jawapan yang didapatinya memang pastilah bertentangan dengan kenyataan di atas kerana ingin terzahir sebagai seorang lelaki yang baik di depan kamu. (Mungkin kau pun antara sebab dia naik syahwat).