Thursday, August 20, 2015

#08

Rasulallah,

indahnya andai dapat ku mencintaimu setiap waktu tanpa tarikh-tarikh tertentu dan majlis-majlis tertentu.

Thursday, August 6, 2015

Ekspetasi Orang

kelmarin aku pakai topeng putih,
saja 
demi memenuhi expectation orang lain.

berpeluh jugak lah dalam topeng tu -
   panas dan tak selesa.


dan baru semalam aku tanggalkan balik topeng tu,
pasal tak tahan -
   - panas; dan
   - menjadi pemura - mura.


hari ni aku kena bash,
pasal tayangkan muka sebenar aku.
tak tahan tu memang tak tahan,
tapi terpaksa bertahan,
pasal takdak pilihan.


mereka takkan puas 
selagi mana kita tidak mengikut 
acuan yang ditetapkan oleh mereka,

boleh pergi mati!

Wednesday, August 5, 2015

#07

Siapa perlu majalah Ujang dan APO! kalau politik tempatan dah kelakar?

Huhu.

Tuesday, August 4, 2015

Kesedaran Membangkit



Sejarah menyaksikan negara - negara maju bermula dengan sebuah revolusi. Persoalannya apakah akan berlaku revolusi di Malaysia ini? 

Tidak, revolusi tidak akan berlaku melainkan wujud kesedaran membangkit dalam jiwa setiap marga Malaysia. Dan posibiliti untuk berlaku kehadiran kesedaran membangkit ini adalah kecil, sekitar 35% sahaja.

Kaum majoriti Malaysia adalah Melayu, sedangkan Melayu sememangnya bangsa yang mudah lupa. Sesiapa yang tidak mudah lupa, sifat keMelayuaan dia adalah cacat. Di Itali, Bennito Musollini hanya memerintah selama 21 tahun, dan rakyat Itali masih ingat segala kebobrokan diktaktor itu. Mereka masih ingat kerana mereka bukan Melayu.

Sedangkan Malaysia, kerajaan sudah memerintah lebih setengah abad. Amalan rasuah, korupsi dan nepotisme tidak pernah tidak berlaku, sama ada dari pihak Barisan Nasional atau dari belah Parti Keadilan Rakyat. Namun langsung tiada reaksi dari rakyat. Hanya sekadar keluhan kecil yang terhilang pabila dihulur BR1M.

Tahun ini, rompakan duit rakyat dilakukan secara besar - besaran atas nama GST telah dijalankan pada 1 April 2015 (bukan April Fool). Dari bayi yang baru lahir, hinggalah datuk nenek yang baru mati, semuanya tiada terlepas dari dirompak.

Pada mulanya memang ada rakyat yang menentang, perkara ini memang ketara apabila diadakan demonstrasi #batalGST pada 1 Mei, sebulan selepas perlaksanaan GST. 

Namun sekarang? Hanya sebilangan kecil yang punya sifat keMelayuan yang cacat masih menentang. Selebihnya sudah mula redha dan berserah serta bersikap fatal. 

Kesedaran membangkit sememangnya nipis dikalangan masyarakat Malaysia. Ini semua memang sudah diprogramkan, terlebih lagi kepada penduduk kampung yang kurang sumber pengetahuannya. 

Ketika mana India dijajah British, British telah mengenakan berbagai-bagai jenis cukai termasuk cukai garam. Tindakan yang diambil oleh Mahatma Gandhi adalah memimpin ribuan rakyat India berjalan kaki ke laut bagi membuat garam sendiri.

Maka mengapa tidak kita mengambil semangat Gandhi dalam menangani pihak British? Adakah kerana Gandhi beragama Hindu, dan kita yang beragama Islam ini hanya perlu tunduk dan wala' kepada pemerintah atas nas 'athi allah wa 'ati' ar-rasul wa ulil amri minkum [taatlah Allah, taatlah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu] ?

Maka bagaimana pula dengan ayat wa la tarkanu ilallazina zhalamu fatamassakum an-nar [janganlah kamu cenderung terhadap mereka yang zalim, maka kamu akan disentuh api neraka] ?

Kita nampak kezaliman, penindasan dan penekanan yang kerajaan lakukan, namun kita hanya melihat, berdiam diri, berpeluk tubuh dan bersifat berkecuali. Ini tak lain sifat orang yang buta, pekak dan bisu. Maka adakah kita akan disentuh oleh api neraka?

Mohon untuk sedar dan bangkit.