Monday, April 18, 2016

[salah ke kalau niqabis upload gambar?]

perempuan,
walaupun sekadar menunjukkan matamu yang cantik,
ianya mampu menaikkan syahwat yang tak terdidik.
niqabis,
padamu terserlah indahnya agama,
jangan kau kotorinya dengan kuningnya budaya.
kerana engkau menjadi contohan si tudung biasa.
ya, memang dikau tidak sempurna,
namun perlakuanmu akan menjadi dalil buat mereka yang tak faham agama.

https://ask.fm/Ataullah00/answers/132386520492

Saturday, April 16, 2016

["... biar susah sekarang, nanti esok lusa senanglah ..."]

Ayat di atas terlampau cliché, anda bisa mendapatkannya dari guru-guru anda, orang-orang tua anda dan ramai lagi yang sering menginspirasi dengan ayat ini. Guru-guru selalu mengugut, belajar kasi pandai. Kalau tak jadi cleaner. Sapu sampah tepi jalan, korek longkang kasi keluar najis. Dan itu sedikit sebanyak memotivasikan aku untuk menjadi pandai, walaupun sesetengah motivator selalu kata "dalam dunia ni tak ada bodoh, tak ada pandai". Dan ayat ini, secara jujurnya, merupakan peniup semangat aku untuk memicit punat-punat kalkulator sebelum menduduki kertas Matematik PT3 tahun lepas yang menatijahkan gred B (berbanding 39% pada trialnya). Aku percaya (pada waktu itu) yang susah payah aku belajar matematik (yang aku tak beberapa gemar) akan terbalas. Mungkin aku akan jadi Menteri Pendidikan dan matapelajaran matematik akan aku mansuhkan. Biar generasi pasca pemerintahan aku tidak perlu bersusah payah mengeluarkan RM40 bagi membeli kalkulator Casio, membeli set geometri, membeli koleksi soalan tahun lepas. Biar mereka merdeka dari menghauskan bungaan pada hujung jari mereka dek terlampau asyik memicit kalkulator. Ok. Itu dulu, saat aku masih percaya bahawa kesenangan itu hadir selepas susah payah sebagaimana pelangi hadir selepas hujan. Tapi bila aku masuk bidang agama, terjun ke lautan kitab, merenangi lautan talaqqi, berlarian dalam savanna ilmu syar'i. Aku rasa penat. Ia buat aku selalu terfikir, — 'akan terbalaskah semua ini?' Dan jawapan yang aku berjaya hasilkan adalah; Ya, tetapi tidak. Ya, semua susah payah itu akan terbalas, tetapi dibalas dan dibayar semula dengan syurga yang hijau. Tak, bila kita terjun dalam bidang agama, kita akan menjadi khadam terhadap ilmu agama sampai mati. Ya, sampai mati. Tidak akan ada masa lagi sebenarnya bagi penuntut ilmu syari'at selain untuk terus menuntut dan mentelaah ilmu itu, dan menjadi hamba bagi ilmu itu. Lihat sahaja Dr Zakir Naik, diancam bunuh, dilabel sesat, dihalang berceramah, difitnah, dikesan, dimaki dan bermacam lagi kesusahan yang menimpa beliau. Lihat Dr Yusuf al-Qardhawi, menjadi pelarian di negara orang, dibuang negeri sendiri, dituduh nyanyuk oleh ulama' lain. Kesusahan menimpa mereka. Ramai lagi ulama yang ditimpa ke atas mereka kesusahan, kepayahan dan bermacam lagi kepahitan. Adakah mereka ini tidak bersusah-susah dahulu, sehingga terpaksa menghadapi susah payah sewaktu usia sebegini tua? Pastinya tidak, pasti yang membuatkan mereka sampai ke tahap ini adalah kerana lonjakan spring usaha. Mereka pasti mengalami kesusahan yang lebih dahsyat ketika menuntuti ilmu, lebih susah dari mengeluarkan RM40 bagi membeli kalkulator Casio. Tapi kesusahan mereka itu masih belum terbayar, mereka terus hidup susah dan ditekan. Kerana kesusahan mereka itu cuma terbayar di sana. Di syurga, ketika mereka melihat wajah Allah yang indah, ketika mereka mula membaringkan badan mereka di atas katil syurga yang keindahannya tidak pernah didengar, dilihat dan dibayangkan dalam hati dan fikiran. Tapi ayat itu memang tepat bagi mereka yang ingin hidupnya bosan selepas tamat pengajian, kerja makan gaji dan jalani rat race. Hari-hari mengulang rutin yang sama. Ini sebenarnya lagi dahsyat kebosanannya dari kerja cleaner yang korek taik, kerja cleaner lebih mencabar. Sebenarnya.