Thursday, September 15, 2016

Catatan: Sedikit Coretan Berkenaan Politik

ada benarnya perkataan sebahagian ahli Amanah, bahawa sebahagian orang PAS su’ul-akhlak.

dan kenyataan terpakai kepada mereka juga.

sebahagian mereka mendakwa bahawa sebab mereka keluar dari PAS adalah kerana akhlak orang PAS sekarang ini begitu teruk dan kuat melabel.

ada betulnya, dan dakwaan ini terpakai kepada mereka juga.
sebenarnya.

aku – seorang non-partisan merangkap pemerhati politik (wow?!) – mengakui bahawa sebahagian kawan-kawan dari PAS kerap melabel dan mengejek.
semacam ketiadaan modal.

namun aneh, orang-orang Amanah yang sebelum ini menyokong PAS, adakah mereka menyokong PAS selama ini kerana akhlak penyokong PAS baik-baik dan soleh-soleh?

soalan: jadi selama ni kamu berjuang dalam parti kerana manusia dalam PAS atau perjuangan dalam PAS itu sendiri?

jika benar dakwaan pendokong Amanah bahawa PAS teruk kerana ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz, maka adakah selepas ketiadaan Mohamad Sabu, mereka akan menubuhkan parti lain?

dan jika benar dakwaan mereka bahawa PAS caca marba kerana pemerintahan TG Haji Hadi yang teruk, adakah mereka akan membubarkan Amanah seusai majlis pengebumian Haji Hadi?
adakah mereka akan pulang kepada PAS apabila Presiden sudah bertukar kepada yang seperti Tuan Guru Nik Aziz?

“jika kamu menyokong PAS kerana Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah, maka sesungguhnya beliau sudah mati.
jika kamu menyokong Amanah kerana TG Haji Hadi hafizahullah, maka sesungguhnya beliau akan mati.”

allah al-musta`ān.

Sunday, September 11, 2016

Catatan: Tajdid

manusia hakikatnya takut kepada perubahan.

perubahan (baca: revolusi) yang berjaya pada hari ini pada asalnya adalah sesuatu yang tidak disokong.
sesuatu yang dicela.

al-Bukhari pada awalnya dicela, dihambat dari negerinya, ditahzir oleh gurunya, namun kini kitab as-Sahih diangkat sebagai kedua tertepat selepas al-Quran.

ibn Taimiyyah, tiga kali keluar masuk penjara sebelum wafat pada 728H, namun fatwa-fatwanya dalam bidang mu`amalat terus digunakan, walaupun oleh lawannya.

Muhammad at-Tamimiy, dihalau sebelum menumui ad-Dar`iyyah, ditentang bapanya, namun berkat usaha tajdid beliau, kubur-kubur keramat seluruh dunia dihapuskan. tauhid ditegakkan.

secara teorinya, kita boleh lah kata “jom kita buat perubahan”.
tapi bila dah kena gertak sekali – walaupun perjuangan kau benar – terus kau tinggalkan perjuangan kau.
dan kata, “biarlah orang lain yang buat”.

allah al-musta`ån.

Friday, September 9, 2016

Catatan; Ketaksuban

dari setiap puak, pasti ada yang taksub.

alangkah anehnya sebahagian pelajar al-Azhar yang sering mencela as-Salafiyyah, "mereka melarang taksub dengan mazhab, tatapi mereka sendiri taksub kepada Albani.
geng salafi ni semua taksub dan syadid."

pernah sahaja aku lihat beberapa al-Azhari, yang menghina a'immah masjidayni al-haramayni.
"kalau antum nak dengar bacaan yang baik, jangan dengar imam masjid kat sa`udi. sebab ramai daripada mereka tak boleh sebut bacaan tertentu.
nak dengar bacaan al-Quran yang bagus, dengan imam al-Azhar macam Syaikh Salih al-Azhari.
kalau antum wahabi, nak dengar juga imam sa`udi suka hati antumlah,"

apakah ini? inilah ketaksuban.

ada sahaja yang begitu mengangkat sanad dan masyaikh mereka, "saya tak pernah jumpa syaikh sesoleh al-`Allamah `Ali al-Jumu`ah. kalau dia marah tak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat."
walhal pernah sahaja al-Jumu`ah mencela al-Qaradhawi dengan mengatakannya sudah nyanyuk.
juga pernah mengatakan Erdogan itu naik menjadi presiden Turki dengan membiayai pelacur untuk mengundinya.

apakah ini? inilah ketaksuban.

"saya tengok pelajar jordan dan madinah takda sanad sangat, kami, ha, berapa banyak sanad kami ada,"
tapi bila tanya tentang konsep al-burhan `ala mudda`i wal-yamin `ala man ankara pun tergagap-gagap.

adilkah jika kami katakan bahawa manhaj al-Azhar adalah manhaj ketaksuban?
semata-mata kerana statement sebahagian penganutnya?

sudah tentu tidak.

kita tidak menghukum sesuatu puak kerana sebahagian ahlinya.
kita tidak kata Amanah parti kecewa kerana Mat Sabu semata-mata.
kita tidak kata DAP kafir harbi semata-mata kenyataan sebahagian daripada mereka.
kita tidak kata PAS parti pelabel kerana sedikit daripada mereka gemar melabel.

maka alangkah anehnya golongan yang menggelar as-Salafiyyah sebagai ta`assub, semata-mata kerana statement ulama salafi yang syadid.
siapa yang kata as-Salafiyyah adalah taksub, maka dialah yang sebenarnya yang taksub.

kami berlepas diri dari sesiapa yang taksub kepada manusia yang tidak lari dari kesilapan.
kami juga taksub: taksub kepada kebenaran.

Monday, July 4, 2016

[Sayonara, Ramadhan]

Al-Haithami meriwayatkan dalam Majma` az-Zawa'id,
sebuah kisah dari Abi Hurayrah radhiyallahu `anhu,
bahawa pada suatu hari Rasulullah ketika memanjat tangga mimbar,
baginda mengucapkan "amin, amin, amin."

Lalu para sahabat bertanya, "apa yang kamu lakukan wahai Rasulallah?"

Lantas baginda bersabda, "Jibril datang kepadaku dan berkata," celakalah bagi sesiapa yang telah berlalu Ramadhan, namun tak berkurang dosanya ". Maka aku katakan amin ... (hingga akhir hadith)".

[Kisah ini disahihkan oleh al-Haithami, al-Munziri, 
az-Zahabi, ibn Hajar al-`Asqalani, al-A`zami 
dan al-Albani rahimahumullah.]


Akhi,
Ramadhan sudah bersedia untuk melabuhkan tirainya bagi sesi 1437H,
apakah kita sudah mengambil faedah-faedah darinya?

Nasiruddin al-Albani ketika mengomentari hadith 'Ramadhan pada awalnya adalah rahmat, pertengahannya keampunan, dan akhirnya adalah pelepasan dari api neraka' berkata:
"hadith ini mungkar, kerana sepanjang bulan Ramadhan itu sendiri adalah rahmat, keampunan dan pelepasan dari api neraka." [lihat Silsilah al-Ahadith ad-Dha`ifah, no. 871]

Nah,
itu dia Ramadhan.

Bawak tiga pakej, yang pendamba akhirat kejarkan,
i. rahmat dan kasih sayang Allah,
ii. pengampunan Allah,
iii. pelepasan dari api neraka Allah.

Sudahkah kita rebutkan ketiga-tiga tawaran yang istimewa ini?

"Sudah!"

Jika begitu, tahniah!
alangkah beruntungnya anda.


Tapi kalau...

"Belum lagi ..."

Allah, semoga kita tak termasuk dari golongan yang didoakan kecelekaannya oleh an-Namus Jibril `alayhis-salam dan diaminkan oleh an-Nabiy sallallahu `alayhi wasallam!


Akhir sekali, marilah kita hayati kata-kata Presiden Ulama' Dunia, Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah:
كن ربانيا ولا تكن رمضانيا
"Jadilah hamba Allah,
dan jangan engkau menjadi hamba Ramadhan"

Saturday, July 2, 2016

[Kisah Ibrahim an-Nakha'i dan al-A`masy]

al-Imam al-Hafiz Abu al-Faraj ibn al-Jauzi rahimahullah (w. 597H) menceritakan sebuah kisah di dalam kitab beliau, al-Muntazam fit-Tarikh, sebuah kisah, diantara dua orang tokoh salafus-soleh dan ahl al-hadith yang terkenal, Abu `Imran Ibrahim an-Nakha'i dan anak muridnya, Sulaiman bin Mihran al-A`masy rahimahumallah.

an-Nakha'i adalah seorang yang buta penglihatannya. Sulaiman bin Mihran pula seorang yang rabun, justeru itu beliau digelar al-A`masy. 

Dikisahkan, al-A`masy dan an-Nakha'i berjalan beriringan disekitar kota Kufah, Iraq untuk mencari masjid. 
An-Nakha'i berkata kepada al-A`masy: "Sulaiman, aku minta untuk engkau berjalan dengan jalan yang berbeza dari jalan aku gunakan, aku tidak mahu manusia sekeliling mengejek kita a`war (si buta) memimpin a`masy (si rabun)."

Al-A`masy menjawab: "Apakah yang kamu risaukan wahai Abu `Imran? Jika mereka mengejek sedemikian, mereka akan mendapat dosa. Sedangkan kita akan mendapat pahala."

Lantas an-Nakha'i membalas: Subhanallah, sesungguhnya kita tidak mendapat pahala, dan mereka selamat dari dosa adalah jauh lebih baik dari kita beroleh pahala, namun manusia lain mendapat dosa."

Intaha. Kisah tamat.


Begitulah para salafus-soleh, mereka berusaha agar manusia lain tidak mendapat dosa walaupun dengan dosa manusia lain tu, mereka akan beroleh pahala.

Kita? 

Kalau boleh kita sorang je nak masuk syurga.

Monday, May 30, 2016

Ahlan, ya Ramadhan.

Aiwahhh, Ramadhan al-Mubarak mengunjung tiba lagi seperti tahun-tahun lepas.

Bulan yang... ah, alangkah indahnya ia!

Ramadhan adalah bulan rahmat. Bulan kasih sayang. Dimana pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup rapat. Dan syaitan telah digari. [lihat al-Bukhari (1899), Muslim (1079)]

Wow.
Wow.
Wow.
Superb!

Semoga Ramadhan kali ini menjadi turning point untuk kita berubah, meninggalkan maksiat dan...

kembali kepada fitrah pada `Eid al-Fitri. Insya-Allah.

Monday, April 18, 2016

[salah ke kalau niqabis upload gambar?]

perempuan,
walaupun sekadar menunjukkan matamu yang cantik,
ianya mampu menaikkan syahwat yang tak terdidik.
niqabis,
padamu terserlah indahnya agama,
jangan kau kotorinya dengan kuningnya budaya.
kerana engkau menjadi contohan si tudung biasa.
ya, memang dikau tidak sempurna,
namun perlakuanmu akan menjadi dalil buat mereka yang tak faham agama.

https://ask.fm/Ataullah00/answers/132386520492

Saturday, April 16, 2016

["... biar susah sekarang, nanti esok lusa senanglah ..."]

Ayat di atas terlampau cliché, anda bisa mendapatkannya dari guru-guru anda, orang-orang tua anda dan ramai lagi yang sering menginspirasi dengan ayat ini. Guru-guru selalu mengugut, belajar kasi pandai. Kalau tak jadi cleaner. Sapu sampah tepi jalan, korek longkang kasi keluar najis. Dan itu sedikit sebanyak memotivasikan aku untuk menjadi pandai, walaupun sesetengah motivator selalu kata "dalam dunia ni tak ada bodoh, tak ada pandai". Dan ayat ini, secara jujurnya, merupakan peniup semangat aku untuk memicit punat-punat kalkulator sebelum menduduki kertas Matematik PT3 tahun lepas yang menatijahkan gred B (berbanding 39% pada trialnya). Aku percaya (pada waktu itu) yang susah payah aku belajar matematik (yang aku tak beberapa gemar) akan terbalas. Mungkin aku akan jadi Menteri Pendidikan dan matapelajaran matematik akan aku mansuhkan. Biar generasi pasca pemerintahan aku tidak perlu bersusah payah mengeluarkan RM40 bagi membeli kalkulator Casio, membeli set geometri, membeli koleksi soalan tahun lepas. Biar mereka merdeka dari menghauskan bungaan pada hujung jari mereka dek terlampau asyik memicit kalkulator. Ok. Itu dulu, saat aku masih percaya bahawa kesenangan itu hadir selepas susah payah sebagaimana pelangi hadir selepas hujan. Tapi bila aku masuk bidang agama, terjun ke lautan kitab, merenangi lautan talaqqi, berlarian dalam savanna ilmu syar'i. Aku rasa penat. Ia buat aku selalu terfikir, — 'akan terbalaskah semua ini?' Dan jawapan yang aku berjaya hasilkan adalah; Ya, tetapi tidak. Ya, semua susah payah itu akan terbalas, tetapi dibalas dan dibayar semula dengan syurga yang hijau. Tak, bila kita terjun dalam bidang agama, kita akan menjadi khadam terhadap ilmu agama sampai mati. Ya, sampai mati. Tidak akan ada masa lagi sebenarnya bagi penuntut ilmu syari'at selain untuk terus menuntut dan mentelaah ilmu itu, dan menjadi hamba bagi ilmu itu. Lihat sahaja Dr Zakir Naik, diancam bunuh, dilabel sesat, dihalang berceramah, difitnah, dikesan, dimaki dan bermacam lagi kesusahan yang menimpa beliau. Lihat Dr Yusuf al-Qardhawi, menjadi pelarian di negara orang, dibuang negeri sendiri, dituduh nyanyuk oleh ulama' lain. Kesusahan menimpa mereka. Ramai lagi ulama yang ditimpa ke atas mereka kesusahan, kepayahan dan bermacam lagi kepahitan. Adakah mereka ini tidak bersusah-susah dahulu, sehingga terpaksa menghadapi susah payah sewaktu usia sebegini tua? Pastinya tidak, pasti yang membuatkan mereka sampai ke tahap ini adalah kerana lonjakan spring usaha. Mereka pasti mengalami kesusahan yang lebih dahsyat ketika menuntuti ilmu, lebih susah dari mengeluarkan RM40 bagi membeli kalkulator Casio. Tapi kesusahan mereka itu masih belum terbayar, mereka terus hidup susah dan ditekan. Kerana kesusahan mereka itu cuma terbayar di sana. Di syurga, ketika mereka melihat wajah Allah yang indah, ketika mereka mula membaringkan badan mereka di atas katil syurga yang keindahannya tidak pernah didengar, dilihat dan dibayangkan dalam hati dan fikiran. Tapi ayat itu memang tepat bagi mereka yang ingin hidupnya bosan selepas tamat pengajian, kerja makan gaji dan jalani rat race. Hari-hari mengulang rutin yang sama. Ini sebenarnya lagi dahsyat kebosanannya dari kerja cleaner yang korek taik, kerja cleaner lebih mencabar. Sebenarnya.

Tuesday, March 15, 2016

Pokok Tak Berbuah

{... ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah ...}

cliche,
mesti pernah dengar ungkapan ni. even sekali.

Tapi bila fikir balik, sebenarnya quote ni seriously deep. 'Pokok yang tak berbuah'. Korang tak rasa deep ke? Heh.

Okey, cuba kau bayangkan, 
ada seorang budak, ditangannya tergenggam sebutir benih.

Dicampaknya ke tanah.
Itulah permulaan dia mencari ilmu.

Makin lama budak tu makin besar, 
benih yang ditanam suatu masa dulu dah jadi pokok. 

Tapi dah ramai orang ada pokok saiz budak tu,
jadi budak tu terus-menerus besarkan pokok tu.

Sampai satu tahap, 
pokok budak tu dah capai tahap yang besar.

Orang yang lalu lalang rasa kagum dengan pokok budak yang dah besar tu.

"Besarnya pokok engkau, kagum pakcik." komen seorang pakcik.
"Mak aihhh, besau benau pokok ekau, bangga kita jadi kawan ekau," komen seorang kawan.
"Suburnya pokok awak, beruntung siapa yang dapat awak," (?) ucap seorang awek.

Pada awalnya semua kagum dengan pokok budak tu.

Tapi,
malangnya pokok tu tak berbuah-buah.

Orang yang lalu lalang sudah berhenti memuji.
Banyak yang mengeji.

"Euww, awak ni, harap pokok aje besar, tapi buahnya takde. Takmolah jadi bini awak" ujar seorang awek.
"Ekau jangan buek malu, nau. Pokok besau, buah tara," tegur seorang kawan.
"Takde guna pokok besar-besar nak kalau tak berbuah. Pokok tak berbuah ibarat ilmu yang tak diamalkan", syarah seorang pakcik.

Akhirnya, pokok besar yang sepatutnya dibangga-banggakan menjadi modal kejian masyarakat setempat. 

Kisah budak, tamat.


Hah, nampak tak. 
Orang yang ada ilmu banyak-banyak, tapi kalau dia tak amalkan ilmu serius jadi menyemak. Annoying. 

So kesimpulannya,
ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah,
pokok tak berbuah ibarat ilmu tanpa amal.

Cia cia cia.

Thursday, February 11, 2016

#09

... aku masih menunggu, jejak yang suatu masa dahulu pernah aku tinggalkan untukmu. apakah kau akan menjejaki aku, atau tidak ...


                   ... aku,
                          masih menunggu ...