Thursday, August 20, 2015

#08

Rasulallah,

indahnya andai dapat ku mencintaimu setiap waktu tanpa tarikh-tarikh tertentu dan majlis-majlis tertentu.

Thursday, August 6, 2015

Ekspetasi Orang

kelmarin aku pakai topeng putih,
saja 
demi memenuhi expectation orang lain.

berpeluh jugak lah dalam topeng tu -
   panas dan tak selesa.


dan baru semalam aku tanggalkan balik topeng tu,
pasal tak tahan -
   - panas; dan
   - menjadi pemura - mura.


hari ni aku kena bash,
pasal tayangkan muka sebenar aku.
tak tahan tu memang tak tahan,
tapi terpaksa bertahan,
pasal takdak pilihan.


mereka takkan puas 
selagi mana kita tidak mengikut 
acuan yang ditetapkan oleh mereka,

boleh pergi mati!

Wednesday, August 5, 2015

#07

Siapa perlu majalah Ujang dan APO! kalau politik tempatan dah kelakar?

Huhu.

Tuesday, August 4, 2015

Kesedaran Membangkit



Sejarah menyaksikan negara - negara maju bermula dengan sebuah revolusi. Persoalannya apakah akan berlaku revolusi di Malaysia ini? 

Tidak, revolusi tidak akan berlaku melainkan wujud kesedaran membangkit dalam jiwa setiap marga Malaysia. Dan posibiliti untuk berlaku kehadiran kesedaran membangkit ini adalah kecil, sekitar 35% sahaja.

Kaum majoriti Malaysia adalah Melayu, sedangkan Melayu sememangnya bangsa yang mudah lupa. Sesiapa yang tidak mudah lupa, sifat keMelayuaan dia adalah cacat. Di Itali, Bennito Musollini hanya memerintah selama 21 tahun, dan rakyat Itali masih ingat segala kebobrokan diktaktor itu. Mereka masih ingat kerana mereka bukan Melayu.

Sedangkan Malaysia, kerajaan sudah memerintah lebih setengah abad. Amalan rasuah, korupsi dan nepotisme tidak pernah tidak berlaku, sama ada dari pihak Barisan Nasional atau dari belah Parti Keadilan Rakyat. Namun langsung tiada reaksi dari rakyat. Hanya sekadar keluhan kecil yang terhilang pabila dihulur BR1M.

Tahun ini, rompakan duit rakyat dilakukan secara besar - besaran atas nama GST telah dijalankan pada 1 April 2015 (bukan April Fool). Dari bayi yang baru lahir, hinggalah datuk nenek yang baru mati, semuanya tiada terlepas dari dirompak.

Pada mulanya memang ada rakyat yang menentang, perkara ini memang ketara apabila diadakan demonstrasi #batalGST pada 1 Mei, sebulan selepas perlaksanaan GST. 

Namun sekarang? Hanya sebilangan kecil yang punya sifat keMelayuan yang cacat masih menentang. Selebihnya sudah mula redha dan berserah serta bersikap fatal. 

Kesedaran membangkit sememangnya nipis dikalangan masyarakat Malaysia. Ini semua memang sudah diprogramkan, terlebih lagi kepada penduduk kampung yang kurang sumber pengetahuannya. 

Ketika mana India dijajah British, British telah mengenakan berbagai-bagai jenis cukai termasuk cukai garam. Tindakan yang diambil oleh Mahatma Gandhi adalah memimpin ribuan rakyat India berjalan kaki ke laut bagi membuat garam sendiri.

Maka mengapa tidak kita mengambil semangat Gandhi dalam menangani pihak British? Adakah kerana Gandhi beragama Hindu, dan kita yang beragama Islam ini hanya perlu tunduk dan wala' kepada pemerintah atas nas 'athi allah wa 'ati' ar-rasul wa ulil amri minkum [taatlah Allah, taatlah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu] ?

Maka bagaimana pula dengan ayat wa la tarkanu ilallazina zhalamu fatamassakum an-nar [janganlah kamu cenderung terhadap mereka yang zalim, maka kamu akan disentuh api neraka] ?

Kita nampak kezaliman, penindasan dan penekanan yang kerajaan lakukan, namun kita hanya melihat, berdiam diri, berpeluk tubuh dan bersifat berkecuali. Ini tak lain sifat orang yang buta, pekak dan bisu. Maka adakah kita akan disentuh oleh api neraka?

Mohon untuk sedar dan bangkit.

Friday, July 31, 2015

Ibu Dipaku

semalam aku main paku,
tetiba tersusuk kuku,
dahlah jari ibu.

arghhh,
jari terbelah,
keluar darah,
di kuku celah.

serius sakit,
time makan rasa perit,
waktu mandi rasa nak jerit,
nak buat something rasa serik,

sakit.



baru aku tahu,
kenapa ibu jari digelar 'ibu'.

kerana tanpa ia, jari lain adalah tabu.


___________________________________
ini adalah analogi jari bagi aku,



mungkin isteri adalah yang paling kita sering guna, untuk itu dan ini. namun tanpa ibu, ianya adalah tabu. 

Thursday, July 30, 2015

#06

Kalian rompak kami,
kami akan bangkit merogol kuasa kalian.

Kuasa kalian di tangan kami.


Tuesday, July 21, 2015

Lari Tanggungjawab

dibawah langit yang hujan,
aku berjalan dengan kelenjunan.

terketar kesejukan,
gigi tergetap kegigilan,
mata terpejam menahan,
antibodi badan terus bertahan.

tadi aku lari rumah,
fikirku ingin hilang masalah.

lari dari abah yang pemarah,
lari dari emak yang berubah tingkah.
lari dari isteri yang menghalang langkah.
lari dari anak yang jarang menjengah.

aku kononnya lari dari segala masalah.



langkahan demi langkahan,
aku kian perlahan,
akhirnya aku terjelupuk kejatuhan.

meniarap atas jalanan dibawah hujan,
aku rasa bagai sudah merdeka dari bebaban,
aku pandang ke belakan demi memastikan,

dan aku tergamam menyaksikan,

segala masalah yang aku lari tadi,
datang semakin menghampiri,
hingga masalah itu berdiri di hadapan diri.

abah menarik tangan,
emak mecarik lengan,
isteri merentap badan,
anak membikin tarikan.

menarik aku ke suatu tempat,
kegelapan yang benar zulmat,
neraka menggamit lambat,
masalah terjun satu persatu;-

bersama aku.

Ataullvh @Ataullah00
'Lari Tanggungjawab'

12 tengah hari.

Monday, July 20, 2015

Langkah nan Terhenti

derap langkahku terhenti seketika,
tatkala melihat wajahmu nan jelita,
bikin aku terpana, terpedaya.

izinkan aku berhenti sebentar,
bagi menjamu jiwa yang lapar,
demi menutrisi nafsu yang besar.

aku janji,
cuma sekali ini.
ini yang terakhir dan tiada yang seterusnya.
aku janji.




ini kali sejuta rupanya,
langkahku terhenti geraknya,
pabila terlihat dirimu hai wanita.

kau nyatanya sememangnya ujian yang menakutkan,
mampu membikin jiwa - jiwa pendekar berantakan.




Ataullah Mohd Ali,
Shah Alam.

4 Shawal 1436H

Tuesday, July 14, 2015

#05

Tak semua Cina bangsat,
tak semua Melayu malaikat.

Najib dan Rosmah tu orang Melayu gak.

Monday, July 13, 2015

Islamkah?



Kita rakyat Malaysia pada hari ini dengan lantang dan bangga mengaku diri sendiri Islam beraliran Ahlus Sunnah wal Jamaah. Seterusnya dengan berani kita mengkritik (baca: menghina) mereka - mereka yang tidak sealiran dengan mereka.

Benarkah?
Mari kita fikirkan

Apakah itu Islam?


"Islam dibina atas lima perkara. 
  1. Kamu bersaksi bahawa tiada sembahan (ilah) selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah. 
  2. Mendirikan solat.
  3. Membayar zakat.
  4. Berhaji.
  5. Berpuasa Ramadhan."
(HR. Muslim dan at-Tirmidzi)



Benarkah kita mengaku bahawa sembahan hanya Allah, sedangkan saat kita kehausan, yang kita cari adalah air. Tatkala kita lapar, yang kita cari adalah makanan. Maka Islamkah kita?

Benarkah kita mendirikan solat pada setiap hari lima waktu lengkap. Sedangkan subuh yang dua rakaat itu pun sering kita gajahkan. Maka Islamkah kita?

Benarkah kita membayar zakat setiap kali cukup haul atau tiba Ramadhan. Sedangkan kita nak bayar zakat pun terasa berat. Maka Islamkah kita?

Benarkah kita mengerjakan haji bila sudah bercukupan, sedangkan negara luar telah kita jelajah. Namun tak pernah sampai ke tanah Makkah dan Madinah. Maka Islamkah kita?

Benarkah kita berpuasa pada bulan Ramadhan, padahal yang puasa hanya mulut. Tidak hati, Tidak mata. Tidak telinga. Mulut selalu mengumpat. Maka Islam kah kita?





Islamkah kita, kawan.

Sunday, July 12, 2015

#04

Terlampau sibuk buat ibadat,
tapi lupa untuk bertaubat.

Ingat,
nak bersihkan sesuatu perlu buang kotoran dahulu.



Saturday, July 11, 2015

Perempuan Murahan yang Dibayar Mahal.


Dewasa kini terlampau banyak perempuan yang menjual badan mereka di khalayak umum. Hatta yang bertudung pun terkadang menjual badan mereka. 

Tak percaya?

Cuba tengok iklan - iklan di televisyen - televisyen, di YouTube Ads, dan sewaktunya. Perempuan mana yang berlakon tanpa melenggok - lenggokkan badan mereka. Semua yang menjadi pelakon berbuat begitu - melenggok - lenggok badan, dada dan punggung (kecuali segelintir.)

Konon sebagai suatu penvisualan rasa gembira sempena ketibaan Syawal. Padahal hakikatnya membuatkan lelaki (baca: seperti aku) ternaik nafsu syahwatnya. 

Anak - anak muda yang menonton raya terbuka puasa batinnya. Melihatkan perempuan - perempuan itu menyebabkan akal mereka terfikir dan terbayang-bayangkan sesuatu. Bahkan ada yang sampai terbuka puasa zahirnya.

Ramadhan yang mulia tercemar dengan perlakuanmu, wahai perempuan - perempuan murahan. Kononnya hebat masuk televisyen, dibayar dengan harga yang mahal. Padahal kamu hanya menjadi bahan lancapan anak - anak muda di bilik - bilik dan tandas - tandas mereka.


Ataullah Mohd Ali,
110715 1442.

Shah Alam.



Kalau ada perempuan  yang bercinta (sebelum nikah) dan tanya perkara ini kepada teman lelaki benarkah perkara ini, jawapan yang didapatinya memang pastilah bertentangan dengan kenyataan di atas kerana ingin terzahir sebagai seorang lelaki yang baik di depan kamu. (Mungkin kau pun antara sebab dia naik syahwat).

Friday, July 10, 2015

Ramadhan yang Tamat


Celakalah orang yang telah berlalu bulan Ramadhan,
tidak bertambah pahalanya dan tidak berkurang dosanya.

- Jibrail AS -



Bulan yang katanya syaitan diikat -
Bulan yang katanya membawa berkat -
Bulan yang katanya dipenuhi rahmat -

... penghujungnya sudah dekat.


Namun,
sang pemaksiat terus bermaksiat.
yang keparat terus membikin bangsat.
si jahat langsung tak tergerak untuk bertaubat.


Biarpun perut mereka berlapar,
tetapi hati mereka terus dibiar,
nafsu yang jahat mereka ikut meliar.


Alangkah sia - sianya puasa mereka.

Taqwa yang dijanjikan langsung tak dicabar.
Taubat yang dipromosikan langsung tak dikejar.
Lailatul Qadr yang mendatang langsung dibiar terbiar.




Ataullah Mohd Ali,
Shah Alam.

23 Ramadhan 1436

Thursday, July 9, 2015

#03 (Tompok yang Hilang)

tompok - tompok merah darah, yang terlekat pada baju perang, yang kudapat tika juang, telah lama hilang. dihilangkan kemewahan dunia.

Sunday, July 5, 2015

02

Langkah yang selama ni gagah,
tiba - tiba tergugah.

Cek balik hati takut ada yang terubah.


Ataullah Mohd Ali,
Shah Alam.

Friday, July 3, 2015

Alangkah Bodohnya Kita.

Alangkah bodohnya kita;-
tahu ia berdosa tapi masih melakukannya.

Alangkah bodohnya kita;-
sibuk mendamba syurga namun tiada usaha.

Alangkah bodohnya kita;-
percaya Dia Maha Pengampun namun tak pernah memintanya.

Alangkah bodohnya kita.

#maknusianormal 
040715
1839
Sabtu Malam Ahad.
Ahad Balik Asrama.

Thursday, July 2, 2015

#01

Kadangkala waktu kita bermaksiat, kita benci waktu itu. 
Cuma tak cukup kuat untuk meninggalkannya.

Maka pohonlah doa, minta Allah kuatkan.