Friday, July 13, 2018

Anekdot | Beza Bidang, Beza Pandangan


Seorang pakar Fiqh bertanya kepada pakar Tajwid, "Jika mīm mati dan ' bertembung, kena buat apa?"

Jawab pakar Tajwid, "diikhfa' shafawikan."

Jawab pakar Fiqh, "Salah. Jawapannya, wajib ke atas ba' memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan mim."

Tara'if TGHH — Tafsīr Sūrah al-Kawthar

Monday, July 9, 2018

Anekdot | An-Naqqāsh yang Suka Memuji

Dalam biografi al-‘Assāl Abu Aḥmad, adh-Dhahabiyy membawa pujian Abu Sa'īd an-Naqqāsh ke atas al-‘Assāl, kata beliau;

“tidak pernah aku lihat yang sama sepertinya (al-‘Assāl) pada aspek ketekunan dan kekuatan hafazan.”

Kemudian adh-Dhahabiyy berkata, "an-Naqqāsh telah menemui al-Ḥākim, ad-Dāruquṭniyy, Abu Bakr al-Ji‘ābiyy dan Abu Isḥāq b. Ḥamzah serta berguru dengan mereka, dan an-Naqqāsh berkata perkara yang sama tentang mereka.”

[Siyar A‘lām an-Nubalā’]

😂

Thursday, September 15, 2016

Catatan: Sedikit Coretan Berkenaan Politik

ada benarnya perkataan sebahagian ahli Amanah, bahawa sebahagian orang PAS su’ul-akhlak.

dan kenyataan terpakai kepada mereka juga.

sebahagian mereka mendakwa bahawa sebab mereka keluar dari PAS adalah kerana akhlak orang PAS sekarang ini begitu teruk dan kuat melabel.

ada betulnya, dan dakwaan ini terpakai kepada mereka juga.
sebenarnya.

aku – seorang non-partisan merangkap pemerhati politik (wow?!) – mengakui bahawa sebahagian kawan-kawan dari PAS kerap melabel dan mengejek.
semacam ketiadaan modal.

namun aneh, orang-orang Amanah yang sebelum ini menyokong PAS, adakah mereka menyokong PAS selama ini kerana akhlak penyokong PAS baik-baik dan soleh-soleh?

soalan: jadi selama ni kamu berjuang dalam parti kerana manusia dalam PAS atau perjuangan dalam PAS itu sendiri?

jika benar dakwaan pendokong Amanah bahawa PAS teruk kerana ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz, maka adakah selepas ketiadaan Mohamad Sabu, mereka akan menubuhkan parti lain?

dan jika benar dakwaan mereka bahawa PAS caca marba kerana pemerintahan TG Haji Hadi yang teruk, adakah mereka akan membubarkan Amanah seusai majlis pengebumian Haji Hadi?
adakah mereka akan pulang kepada PAS apabila Presiden sudah bertukar kepada yang seperti Tuan Guru Nik Aziz?

“jika kamu menyokong PAS kerana Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah, maka sesungguhnya beliau sudah mati.
jika kamu menyokong Amanah kerana TG Haji Hadi hafizahullah, maka sesungguhnya beliau akan mati.”

allah al-musta`ān.

Sunday, September 11, 2016

Catatan: Tajdid

manusia hakikatnya takut kepada perubahan.

perubahan (baca: revolusi) yang berjaya pada hari ini pada asalnya adalah sesuatu yang tidak disokong.
sesuatu yang dicela.

al-Bukhari pada awalnya dicela, dihambat dari negerinya, ditahzir oleh gurunya, namun kini kitab as-Sahih diangkat sebagai kedua tertepat selepas al-Quran.

ibn Taimiyyah, tiga kali keluar masuk penjara sebelum wafat pada 728H, namun fatwa-fatwanya dalam bidang mu`amalat terus digunakan, walaupun oleh lawannya.

Muhammad at-Tamimiy, dihalau sebelum menumui ad-Dar`iyyah, ditentang bapanya, namun berkat usaha tajdid beliau, kubur-kubur keramat seluruh dunia dihapuskan. tauhid ditegakkan.

secara teorinya, kita boleh lah kata “jom kita buat perubahan”.
tapi bila dah kena gertak sekali – walaupun perjuangan kau benar – terus kau tinggalkan perjuangan kau.
dan kata, “biarlah orang lain yang buat”.

allah al-musta`ån.

Friday, September 9, 2016

Catatan; Ketaksuban

dari setiap puak, pasti ada yang taksub.

alangkah anehnya sebahagian pelajar al-Azhar yang sering mencela as-Salafiyyah, "mereka melarang taksub dengan mazhab, tatapi mereka sendiri taksub kepada Albani.
geng salafi ni semua taksub dan syadid."

pernah sahaja aku lihat beberapa al-Azhari, yang menghina a'immah masjidayni al-haramayni.
"kalau antum nak dengar bacaan yang baik, jangan dengar imam masjid kat sa`udi. sebab ramai daripada mereka tak boleh sebut bacaan tertentu.
nak dengar bacaan al-Quran yang bagus, dengan imam al-Azhar macam Syaikh Salih al-Azhari.
kalau antum wahabi, nak dengar juga imam sa`udi suka hati antumlah,"

apakah ini? inilah ketaksuban.

ada sahaja yang begitu mengangkat sanad dan masyaikh mereka, "saya tak pernah jumpa syaikh sesoleh al-`Allamah `Ali al-Jumu`ah. kalau dia marah tak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat."
walhal pernah sahaja al-Jumu`ah mencela al-Qaradhawi dengan mengatakannya sudah nyanyuk.
juga pernah mengatakan Erdogan itu naik menjadi presiden Turki dengan membiayai pelacur untuk mengundinya.

apakah ini? inilah ketaksuban.

"saya tengok pelajar jordan dan madinah takda sanad sangat, kami, ha, berapa banyak sanad kami ada,"
tapi bila tanya tentang konsep al-burhan `ala mudda`i wal-yamin `ala man ankara pun tergagap-gagap.

adilkah jika kami katakan bahawa manhaj al-Azhar adalah manhaj ketaksuban?
semata-mata kerana statement sebahagian penganutnya?

sudah tentu tidak.

kita tidak menghukum sesuatu puak kerana sebahagian ahlinya.
kita tidak kata Amanah parti kecewa kerana Mat Sabu semata-mata.
kita tidak kata DAP kafir harbi semata-mata kenyataan sebahagian daripada mereka.
kita tidak kata PAS parti pelabel kerana sedikit daripada mereka gemar melabel.

maka alangkah anehnya golongan yang menggelar as-Salafiyyah sebagai ta`assub, semata-mata kerana statement ulama salafi yang syadid.
siapa yang kata as-Salafiyyah adalah taksub, maka dialah yang sebenarnya yang taksub.

kami berlepas diri dari sesiapa yang taksub kepada manusia yang tidak lari dari kesilapan.
kami juga taksub: taksub kepada kebenaran.

Monday, July 4, 2016

[Sayonara, Ramadhan]

Al-Haithami meriwayatkan dalam Majma` az-Zawa'id,
sebuah kisah dari Abi Hurayrah radhiyallahu `anhu,
bahawa pada suatu hari Rasulullah ketika memanjat tangga mimbar,
baginda mengucapkan "amin, amin, amin."

Lalu para sahabat bertanya, "apa yang kamu lakukan wahai Rasulallah?"

Lantas baginda bersabda, "Jibril datang kepadaku dan berkata," celakalah bagi sesiapa yang telah berlalu Ramadhan, namun tak berkurang dosanya ". Maka aku katakan amin ... (hingga akhir hadith)".

[Kisah ini disahihkan oleh al-Haithami, al-Munziri, 
az-Zahabi, ibn Hajar al-`Asqalani, al-A`zami 
dan al-Albani rahimahumullah.]


Akhi,
Ramadhan sudah bersedia untuk melabuhkan tirainya bagi sesi 1437H,
apakah kita sudah mengambil faedah-faedah darinya?

Nasiruddin al-Albani ketika mengomentari hadith 'Ramadhan pada awalnya adalah rahmat, pertengahannya keampunan, dan akhirnya adalah pelepasan dari api neraka' berkata:
"hadith ini mungkar, kerana sepanjang bulan Ramadhan itu sendiri adalah rahmat, keampunan dan pelepasan dari api neraka." [lihat Silsilah al-Ahadith ad-Dha`ifah, no. 871]

Nah,
itu dia Ramadhan.

Bawak tiga pakej, yang pendamba akhirat kejarkan,
i. rahmat dan kasih sayang Allah,
ii. pengampunan Allah,
iii. pelepasan dari api neraka Allah.

Sudahkah kita rebutkan ketiga-tiga tawaran yang istimewa ini?

"Sudah!"

Jika begitu, tahniah!
alangkah beruntungnya anda.


Tapi kalau...

"Belum lagi ..."

Allah, semoga kita tak termasuk dari golongan yang didoakan kecelekaannya oleh an-Namus Jibril `alayhis-salam dan diaminkan oleh an-Nabiy sallallahu `alayhi wasallam!


Akhir sekali, marilah kita hayati kata-kata Presiden Ulama' Dunia, Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah:
كن ربانيا ولا تكن رمضانيا
"Jadilah hamba Allah,
dan jangan engkau menjadi hamba Ramadhan"

Saturday, July 2, 2016

[Kisah Ibrahim an-Nakha'i dan al-A`masy]

al-Imam al-Hafiz Abu al-Faraj ibn al-Jauzi rahimahullah (w. 597H) menceritakan sebuah kisah di dalam kitab beliau, al-Muntazam fit-Tarikh, sebuah kisah, diantara dua orang tokoh salafus-soleh dan ahl al-hadith yang terkenal, Abu `Imran Ibrahim an-Nakha'i dan anak muridnya, Sulaiman bin Mihran al-A`masy rahimahumallah.

an-Nakha'i adalah seorang yang buta penglihatannya. Sulaiman bin Mihran pula seorang yang rabun, justeru itu beliau digelar al-A`masy. 

Dikisahkan, al-A`masy dan an-Nakha'i berjalan beriringan disekitar kota Kufah, Iraq untuk mencari masjid. 
An-Nakha'i berkata kepada al-A`masy: "Sulaiman, aku minta untuk engkau berjalan dengan jalan yang berbeza dari jalan aku gunakan, aku tidak mahu manusia sekeliling mengejek kita a`war (si buta) memimpin a`masy (si rabun)."

Al-A`masy menjawab: "Apakah yang kamu risaukan wahai Abu `Imran? Jika mereka mengejek sedemikian, mereka akan mendapat dosa. Sedangkan kita akan mendapat pahala."

Lantas an-Nakha'i membalas: Subhanallah, sesungguhnya kita tidak mendapat pahala, dan mereka selamat dari dosa adalah jauh lebih baik dari kita beroleh pahala, namun manusia lain mendapat dosa."

Intaha. Kisah tamat.


Begitulah para salafus-soleh, mereka berusaha agar manusia lain tidak mendapat dosa walaupun dengan dosa manusia lain tu, mereka akan beroleh pahala.

Kita? 

Kalau boleh kita sorang je nak masuk syurga.