Monday, July 4, 2016

[Sayonara, Ramadhan]

Al-Haithami meriwayatkan dalam Majma` az-Zawa'id,
sebuah kisah dari Abi Hurayrah radhiyallahu `anhu,
bahawa pada suatu hari Rasulullah ketika memanjat tangga mimbar,
baginda mengucapkan "amin, amin, amin."

Lalu para sahabat bertanya, "apa yang kamu lakukan wahai Rasulallah?"

Lantas baginda bersabda, "Jibril datang kepadaku dan berkata," celakalah bagi sesiapa yang telah berlalu Ramadhan, namun tak berkurang dosanya ". Maka aku katakan amin ... (hingga akhir hadith)".

[Kisah ini disahihkan oleh al-Haithami, al-Munziri, 
az-Zahabi, ibn Hajar al-`Asqalani, al-A`zami 
dan al-Albani rahimahumullah.]


Akhi,
Ramadhan sudah bersedia untuk melabuhkan tirainya bagi sesi 1437H,
apakah kita sudah mengambil faedah-faedah darinya?

Nasiruddin al-Albani ketika mengomentari hadith 'Ramadhan pada awalnya adalah rahmat, pertengahannya keampunan, dan akhirnya adalah pelepasan dari api neraka' berkata:
"hadith ini mungkar, kerana sepanjang bulan Ramadhan itu sendiri adalah rahmat, keampunan dan pelepasan dari api neraka." [lihat Silsilah al-Ahadith ad-Dha`ifah, no. 871]

Nah,
itu dia Ramadhan.

Bawak tiga pakej, yang pendamba akhirat kejarkan,
i. rahmat dan kasih sayang Allah,
ii. pengampunan Allah,
iii. pelepasan dari api neraka Allah.

Sudahkah kita rebutkan ketiga-tiga tawaran yang istimewa ini?

"Sudah!"

Jika begitu, tahniah!
alangkah beruntungnya anda.


Tapi kalau...

"Belum lagi ..."

Allah, semoga kita tak termasuk dari golongan yang didoakan kecelekaannya oleh an-Namus Jibril `alayhis-salam dan diaminkan oleh an-Nabiy sallallahu `alayhi wasallam!


Akhir sekali, marilah kita hayati kata-kata Presiden Ulama' Dunia, Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah:
كن ربانيا ولا تكن رمضانيا
"Jadilah hamba Allah,
dan jangan engkau menjadi hamba Ramadhan"

No comments:

Post a Comment