Monday, July 13, 2015

Islamkah?



Kita rakyat Malaysia pada hari ini dengan lantang dan bangga mengaku diri sendiri Islam beraliran Ahlus Sunnah wal Jamaah. Seterusnya dengan berani kita mengkritik (baca: menghina) mereka - mereka yang tidak sealiran dengan mereka.

Benarkah?
Mari kita fikirkan

Apakah itu Islam?


"Islam dibina atas lima perkara. 
  1. Kamu bersaksi bahawa tiada sembahan (ilah) selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah. 
  2. Mendirikan solat.
  3. Membayar zakat.
  4. Berhaji.
  5. Berpuasa Ramadhan."
(HR. Muslim dan at-Tirmidzi)



Benarkah kita mengaku bahawa sembahan hanya Allah, sedangkan saat kita kehausan, yang kita cari adalah air. Tatkala kita lapar, yang kita cari adalah makanan. Maka Islamkah kita?

Benarkah kita mendirikan solat pada setiap hari lima waktu lengkap. Sedangkan subuh yang dua rakaat itu pun sering kita gajahkan. Maka Islamkah kita?

Benarkah kita membayar zakat setiap kali cukup haul atau tiba Ramadhan. Sedangkan kita nak bayar zakat pun terasa berat. Maka Islamkah kita?

Benarkah kita mengerjakan haji bila sudah bercukupan, sedangkan negara luar telah kita jelajah. Namun tak pernah sampai ke tanah Makkah dan Madinah. Maka Islamkah kita?

Benarkah kita berpuasa pada bulan Ramadhan, padahal yang puasa hanya mulut. Tidak hati, Tidak mata. Tidak telinga. Mulut selalu mengumpat. Maka Islam kah kita?





Islamkah kita, kawan.

No comments:

Post a Comment